Terkini: Artikel terbaru saya "Bagaimana mengimport data APDM sahaja ke SPS". Kemaskini 10 Februari 2014 jam 8.35pm.

Akhirnya saya berjaya menjumpai teknik mengimport data murid ke Sistem Pengurusan Sekolah. Ya, data murid SMM atau APDM boleh diimport ke dalam SPS. Pada mulanya saya berfikir guru kelas pasti akan terbeban sekiranya terpaksa menaip semula dari kosong data murid.

Saya pun go through SPS dan mendapati dalam Modul Pengurusan Murid terdapat submodul Perpindahan Murid. Terdapat menu Import Fail Perpindahan Murid.

Sebenarnya database kebanyakan sistem boleh dimuatnaik sama ada secara front-end mahupun back-end. Saya mendapat idea untuk memindahkan murid terlebih dahulu dengan mengeksport maklumat murid dalam sistem SPS. Setelah maklumat murid dieksport, fail murid boleh dimuatturun dalam Log Perpindahan Murid (dalam modul Pengurusan Murid). Setelah memilih Format SPS, fail zip akan dimuatturun. Sila extract, dan terdapat beberapa fail comma separated values (cvs). 

Fail yang perlu dikemaskini/modify adalah Maklumat Murid.csv. Sekiranya anda terlebih rajin, anda boleh modify semua fail csv berkenaan. Untuk memudahkan anda memindahkan data murid, saya akan kepilkan fail csv berkenaan dalam artikel ini. Sila rujuk bahagian bawah artikel untuk download fail Maklumat Murid.csv format SPS.

Namun dalam artikel saya ini, saya hanya akan menunjukcara modify fail asas murid. Anda perlu membuka sama ada fail SMM melalui SMMDATA.mdb ataupun fail Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) - eksport fail ke excel atau papar data online. 

Kemudian, buat satu query sendiri. Sebagai contoh dalam fail SMM, buka SMMDATA.mdb, add table Tmurid dalam Query Designer. Pilih medan-medan seperti yang tercatat dalam fail Maklumat Murid.csv berkenaan. Untuk rujukan bagaimana membuat query ini, sila rujuk artikel bertajuk "Bagaimana membuat query dalam SMM".

Setelah query yang dibina siap, jana query dan simpan query anda sebagai query-import-sps. Masih dalam Microsoft Access, pergi ke senarai query dan right-click query-import-sps. Export fail ke dalam format Microsoft Excel.

Kemudian buka fail excel tersebut. Pastikan NoKP murid tiada ralat. Sebagai contoh, no kad pengenalan murid 010131083443. Apabila dieksport, mungkin nombor sifar di hadapan sekali hilang dan menjadi 10131083443. Sekiranya nombor sifar hilang, pastikan lajur NoKP diset sebagai TEXT dan bukannya nombor. Jika tidak, gunakan kemahiran excel anda, letak formula CONCATENATE 0 dan NoKP yang ralat dan jana lajur baru.

Pastikan anda membuka Maklumat Murid.csv, copy paste fail dari excel hasil eksport query SMM ke lajur dalam Maklumat Murid.csv. Ikut lajur sedia ada dan jangan silap. Penuhkan Maklumat Murid.csv dengan maklumat murid mengikut hasil query yang telah anda eksport ke Excel. Simpan fail csv dan kita akan mengupload fail csv tersebut ke dalam sistem SPS.

Lajur FromLevelCode dan ToLevelCode, sila setkan ikut ketentuan: 

70 untuk darjah 6, 60 untuk darjah 5, 50 untuk darjah 4, 40 untuk darjah 3, 30 untuk darjah 2, 20 untuk darjah 1 dan sebagainya. Sila rujuk modul Pengurusan Maklumat Sekolah, dalam submodul Selenggara Tahun/Tingkatan Persekolahan untuk kepastian kod darjah. 

Lajur FromLevelCode dan ToLevelCode, sila setkan ikut ketentuan: 

 Sila rujuk modul Pengurusan Maklumat Sekolah, dalam submodul Selenggara Tahun/Tingkatan Persekolahan untuk kepastian kod darjah. 

Untuk sekolah rendah, KODDARJAH (dalam lajur I,J,Z dalam template csv) ditentukan seperti berikut:

  • Tahun Enam = 70
  • Tahun Lima = 60
  • Tahun Empat = 50
  • Tahun Tiga = 40
  • Tahun Dua = 30
  • Tahun Satu = 20

Untuk sekolah menengah, KODDARJAH (dalam lajur I,J,Z dalam template csv) ditentukan seperti berikut:

  • Tingkatan Satu = 110
  • Tingkatan Dua = 120
  • Tingkatan Tiga = 130
  • Tingkatan Empat = 140
  • Tingkatan Lima = 150
  • Tingkatan Enam Bawah = 160
  • Tingkatan Enam Atas = 170

Anda juga perlu menggabungkan KodTingkatan/Tahun dengan NamaKelas dalam satu lajur dalam format csv Maklumat Murid.csv.

Definisi Variabel untuk setiap LAJUR dalam TEMPLATE CSV:

  • COLUMN A - FromSchoolName -> Letak nama sekolah (mengikut data EMIS/SPS)
  • COLUMN B - FromSchoolCode -> Letak kod sekolah (mengikut data EMIS/SPS)
  • COLUMN C - FromLevelName -> Letak tahun/tingkatan semasa. Contoh TAHUN ENAM, bukannya TAHUN 6
  • COLUMN D - FromSchoolAddress -> Letak alamat sekolah mengikut alamat dalam EMIS/SPS
  • COLUMN E - FromSchoolState -> Ejaan, seperti Perak, Johor
  • COLUMN F - FromSchoolCountry -> Taip Malaysia
  • COLUMN G - ToSchoolName -> Sama nilai dengan column A
  • COLUMN H - ToSchoolCode -> Sama nilai dengan column B
  • COLUMN I - FromLevelCode -> Rujuk AWAS di atas
  • COLUMN J - ToLevelCode ->  Rujuk AWAS di atas
  • COLUMN K - FromYear -> 2014
  • COLUMN L - ToYear -> 2014
  • COLUMN M - TarikhMohon -> 02/01/2014
  • COLUMN N - TarikhPindah -> 02/01/2014
  • COLUMN O - Alasan -> IMPORT APDM
  • COLUMN P - KP -> 12-digit no kad pengenalan pelajar
  • COLUMN Q - KODSEK -> Sama nilai dengan column B
  • COLUMN R - NAMA -> Nama pelajar
  • COLUMN S - TLAHIR -> Tarikh lahir pelajar dalam format dd/mm/yyyy. Contoh 16/04/2001
  • COLUMN T - ALAMAT -> Alamat pelajar, paste alamat APDM ke column ini
  • COLUMN U - ALAMAT2 -> Biar kosong (null)
  • COLUMN V - POSKOD -> Letak satu poskod yang sama
  • COLUMN W - BANDAR -> Letak satu bandar yang sama
  • COLUMN X - NEGERI -> 1 untuk Johor, 8 untuk Perak
  • COLUMN Y - TELEFON -> Jika ada, paste. Boleh biar kosong
  • COLUMN Z - DARJAH -> Rujuk AWAS di atas
  • COLUMN AA -
  • COLUMN AB -
  • COLUMN AC -
  • COLUMN AD -
  • COLUMN AE -
  • COLUMN AF -

Setelah fail Maklumat Murid.csv anda siap dimurnikan dengan data SMM, anda boleh membuka sistem SPS di url https://sps.1bestarinet.net/SPS. Login sebagai System Administrator. Setelah login, klik menu Pentadbir Sekolah. Pergi ke modul Pengurusan Murid dan klik submodul Perpindahan Murid. Klik Import Fail Perpindahan Murid, dalam medan Choose File, cari fail Maklumat Murid.csv anda. Akhir sekali, tekan Import. Sistem akan memapar alert Pasti untuk Import Data, tekan Ya. Tunggu sehingga sistem memapar fail csv berjaya diimport.

Di dalam modul Pengurusan Murid, pergi ke submodul Penempatan Murid Secara Manual. Anda perlu filter terlebih dahulu rekod yang ingin dipindahkan. Sebagai contoh, saya baru mengimport data tahun 5. Jadi saya pilih Darjah 5 dan kelas pilih Tiada Kelas. Tekan Carian. Tunggu hingga sistem memapar senarai murid Darjah 5 yang masih Tiada Kelas.

Ok. Di sini anda memerlukan satu senarai murid mengikut kelas yang lengkap. Di sini saya menggunapakai senarai nama murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), login sebagai Sekolah. Eksport data murid ke format Excel, dan saya splitkan screen, satu sistem SPS dan satu fail eksport nama murid dari APDM.

Tikkan nama murid yang hendak dipindahkan dan tekan Pindah Murid. Dalam halaman Pindah Murid, tetapkan setting tarikh efektif (saya masukkan awal tahun persekolahan sebagai tarikh efektif) dan nama kelas. Nama-nama murid Darjah 5 tadi saya pindahkan ke D5 Ibnu Khaldun. Tekan Pindah Murid. Sistem akan memproses perpindahan murid bergantung kepada jumlah murid. Lagi ramai murid, lagi lama proses query pindah murid dilakukan.

Setelah selesai proses penempatan murid secara manual, jangan lupa Selenggara Maklumat Murid. Login sebagai guru kelas, kemudian selenggara maklumat murid. Cara import data SMM ke SPS ini hanya mengimport maklumat asas, namun maklumat-maklumat lain masih perlu diselenggara dalam SPS itu sendiri. Jadilah, daripada kena key-in nama murid dari kosong, setidak-tidaknya nama murid dah sedia ada dalam SPS. Baru tugas menyelenggara maklumat murid diagih kepada guru kelas.  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Video tutorial menunjukkan tatacara mengimport fail csv yang disediakan melalui data APDM/SMM masuk ke Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dan seterusnya menempatkan pelajar di dalam kelas mereka secara manual.

 

Sekiranya anda telah login sebagai Guru Kelas tetapi tidak nampak menu untuk menyelenggara maklumat murid, sila rujuk artikel bertajuk "Ralat Guru Kelas dalam SPS".

 

SK Seri Permai, Bayan Baru Pulau Pinang

Sesi perkongsian ilmiah bersama Guru Besar SK Seri Permai, Tuan Haji Abdullah dan Penyelaras SPS Sekolah SKSP, Cikgu Faries. Terima kasih kerana berkunjung ke tebuk Parit Haji Aman (29 Oktober 2013)

Terima kasih sekali lagi kerana menggunakan artikel saya ini untuk menguruskan data murid sekolah anda. Pengunjung dibenarkan untuk share/copy paste maklumat ini ke dalam blog/web/laman sosial anda. Tapi jangan lupa nyatakan sumber url saya ini ya! 

Atas banyak permintaan segera lewat September 2014 ini, saya buka semula tempahan untuk mengepam data asas murid dari APDM/SMM ke SPSFirst come first serve basis ya.

Azharul Faiz Zainal Abidin

PPPS DG44 (KUP)
Penyelaras ICT (Bestari)/Guru Data/Penyelaras Makmal Komputer Virtual Desktop Infrastructure Lab VDI Thin Client/Juruteknik
Pengaturcara PHP/MySQL
012-5798753

Attachments:
Download this file (maklumat-murid-format-darjah-1.csv)Maklumat Murid D1[Mengandungi medan/lajur maklumat murid darjah 1 mengikut format SPS]1 kB
Download this file (maklumat-murid-format-darjah-2.csv)Maklumat Murid D2[Mengandungi medan/lajur maklumat murid darjah 2 mengikut format SPS]1 kB
Download this file (maklumat-murid-format-darjah-3.csv)Maklumat Murid D3[Mengandungi medan/lajur maklumat murid darjah 3 mengikut format SPS]1 kB
Download this file (maklumat-murid-format-darjah-4.csv)Maklumat Murid D4[Mengandungi medan/lajur maklumat murid darjah 4 mengikut format SPS]1 kB
Download this file (maklumat-murid-format-darjah-5.csv)Maklumat Murid D5[Mengandungi medan/lajur maklumat murid darjah 5 mengikut format SPS]1 kB
Download this file (maklumat-murid-format-darjah-6.csv)Maklumat Murid D6[Mengandungi medan/lajur maklumat murid darjah 6 mengikut format SPS]1 kB
Download this file (maklumat-murid-format-prasekolah.csv)Maklumat Murid Prasekolah[Mengandungi medan/lajur maklumat murid prasekolah mengikut format SPS]1 kB
Share

Comments   

 
0 #78 Azman Akhir 2014-10-02 09:13
Tahniah Sifu
Azharul Faiz Zainal Abidin
PPPS DG44 (KUP)
Penyelaras ICT (Bestari)/Guru Data/Penyelaras Makmal Komputer VDI Lab
Juruteknik
Pengaturcara PHP/MySQL
012-5798753
Quote
 
 
0 #77 Nurliah 2014-09-22 18:10
I AM SO SAD BECAUSE I HAVE NOT ID :cry:
Quote
 
 
0 #76 Nurliah 2014-09-22 18:08
I HAVE NOT ID :sad:
Quote
 
 
0 #75 www 2014-06-20 05:08
Hey! I could have sworn I've been to this website before but after checking through some of the post I realized it's new
to me. Anyways, I'm definitely delighted I found it and
I'll be bookmarking and checking back often!
Quote
 
 
-1 #74 Azlan 2014-06-19 08:08
Salam. Cikgu faiz sayaTanya sikit boleh tak kalau saya eksport data smm ke sistem segak (Microsoft access)
Quote
 
 
+3 #73 Syaiful 2014-02-22 16:47
Salam cikgu,

Macam mana nak padam rekod lama sedangkan rekod baru dh diimport dgn no is yg berbeza. Apabila nk dipadamkan sistem beritahu rekod ada pautan..terima kasih
Quote
 
 
-2 #72 suk 2014-02-20 19:59
kenapa nama murid jadi double?
kenapa bila nak kemaskini maklumat dan pastu nak simpan keluar no kp telah wujud dalam pangkalan data ?
Quote
 
 
0 #71 nazuki 2014-02-20 12:51
terima kasih sangat2 cikgu.. kerana membantu saya dalam sps.
Quote
 
 
0 #70 A Waqas 2014-02-19 22:26
Assalam tuan, saya nak tanya sikit.

Saya tak faham :-

"menggabungkan KodTingkatan/Ta hun dengan NamaKelas dalam satu lajur"

Ada dua lajur: Z = Darjah, AA = NKelas

Apakah saya perlu gabung dua ini menjadi satu lajur sahaja? Perlu delete salah satu?
Quote
 
 
-1 #69 Izwan 2014-02-19 16:56
tahniah dan terima kasih cikgu..cikgu dah memberikan input dan memudahkan saya mendaftarkan murid saya dalam masa 1 jam sahaja..TERIMA KASIH :lol: :lol: :lol: :lol:
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

IT Freelancer

Azharul Faiz Zainal Abidin
PPPS DG44 (KUP)
Penyelaras ICT (Bestari)/Guru Data/Penyelaras Makmal Komputer VDI Lab
Juruteknik
Pengaturcara PHP/MySQL
012-5798753
azfaiz@gmail.com

Menerima jemputan sebagai penceramah SPS/Frog VLE/ICT/VDI Thin Client (Virtual Desktop Infrastructure)

Temujanji Bersemuka

11 Okt 13 - SK Teluk Medan, Bagan Serai Perak

25 Okt 13 - SJK (C) Thong Wah, Bagan Serai Perak

29 Okt 13 - SMK Seri Kurau, Bagan Serai Perak

29 Okt 13 - SK Seri Permai, Balik Pulau, Pulau Pinang

1 Nov 13 - SK Jalan Baharu, Parit Buntar, Perak

23 Jan 14 - Maahad Al-Ehya Asshariff, Gunong Semanggol, Perak

Siapa Online

We have 2 guests and no members online