Sistem RPH Online

Sistem ini dibangunkan menggunakan Pretext Hyper Processor (PHP) sebagai bahasa pengaturcaraan, dan MySQL sebagai pangkalan data.

Sebelum adanya sistem RPH Online ini, secara lumrah seseorang guru menulis ringkasan pengajaran di dalam Buku Rekod Mengajar (BRM). Mereka yang menyukai seni reka konseptual menghias buku rekod kerana itulah buku yang amat penting bagi seorang guru. Ada segelintir yang lebih suka menjilid ringkasan mengajar di dalam fail. Mereka menyediakan fail di dalam format Microsoft Word, mencetak ringkasan dan menjilid sebagai satu fail.

Pada bulan Disember 2012, terciptalah Sistem RPH Online ini. Sistem ini dibangunkan menggunakan Pretext Hyper Processor (PHP) sebagai bahasa pengaturcaraan, dan MySQL sebagai pangkalan data. Sebagai langkah awal membudayakan ICT di peringkat sekolah, serta inisiatif untuk menghijaukan bumi, sistem RPH Online ini dibina bertujuan untuk lebih memudahkan seseorang guru merekodkan ringkasan mereka. Ia tidak bergantung pada satu-satu Personal Computer (PC) sahaja atau Pendrive sahaja, malah boleh diakses di mana-mana sahaja asalkan ada akses Internet.

 

Guru kini bukan sahaja boleh menyimpan data ringkasan mengajar secara atas talian, malah mampu menaip ringkasan sama ada melalui peranti tablet atau telefon pintar.