Semakan Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2015

Alhamdulillah. Tanggal 30 Oktober 2014 merupakan tarikh yang amat bermakna. Minggu ini merupakan satu-satunya minggu yang mencemaskan kerana laman web KPM menyatakan bahawa keputusan temuduga HLP dijangka akan diwarwar dalam minggu ini.

Permohonan kali kedua akhirnya berjaya. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Dapat tahu keputusan temuduga pada pukul 8.10 pagi tadi. Pukul 9.15 saya ke surau sekolah dan buat sedikit sujud kesyukuran. Saya ada kelas pukul 8.10-9.10. Sebab tu, terlewat sikit :p

Tapi macam ralat sikit, data daripada sistem tu masih banyak tertulis Ambilan Tahun 2014. Nanti pihak pembangun sistem akan kemaskinilah tu ye :)

Saya akan kongsikan tips-tips bagaimana untuk memohon, mendapatkan temuduga HLP dan seterusnya berjaya dalam temuduga tersebut.