Kursus Persediaan (Intervensi) HLP dan CBBPTB 2 Minggu

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam Perak Aman Jaya.

Alhamdulillah. Hari ini 30 November 2014. Ahad. Cuti. Ya..memang pun hari Ahad cuti. Tapi tidak pada kami yang sedang mengikuti Kursus Persediaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Tahun 2015. Sudah seminggu kami seramai 227 orang berada di sini. Kursus intervensi HLP ini bermula dari 24 November 2014 hingga 7 Disember 2014. Pusat Latihan UiTM Tanjung Tualang, Kampung Gajah Perak. Banyak yang tidak tahu di mana tempat ini, dicari dalam Google Maps, tak berapa nak jumpa. Nasib baik dalam Waze ada kan...Garmin saya pun ada, cuma keyword untuk mencari POI (Point Of Interest) kenalah tepat. Baiklah, di sini saya letakkan peta Pusat Latihan UiTM Tanjung Tualang.

Di sinilah terletaknya Institut Latihan UiTM Tanjung Tualang, Kampung Gajah Perak.

From Address:

Saya bertolak dari Ipoh pada 24 November 2014 jam 1.40 tengahari (lepas Zohor). Memasang GPS Garmin dan memandu secara santai menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Garmin ajak ikut Batu Gajah, tetapi saya tetap dengan laluan yang mudah (tanpa melalui pekan Batu Gajah dan Menglembu) tetapi ikut Tol Gopeng. Setelah keluar dari Tol Gopeng, saya mengambil jalan menghala ke Malim Nawar dan terus menuju ke Tanjung Tualang. Jalan ini cuma lebih 6 kilometer berbanding jalan Batu Gajah tadi.

Tiba di Pusat Latihan Uitm lebih kurang jam 2.30 petang. Terus bertanyakan pak guard di mana tempat daftar. "Encik belok kanan, simpang seterusnya belok kiri..Villa Perdana". Lantas beliau menghulur sekeping kertas.. parking 5S...uik..parking pun 5S ke..hehe...parking 5S kena buat reverse parking.. sampai motor2 pun kena reverse parking :D

Dah siap ambil kunci bilik, A208, terus saya snap jadual kursus 2 minggu ni..pergh..pack ya amat.. mana slot cuti ni..straight 2 minggu kursus...pening-pening...

Jadual Minggu Pertama Kursus Persediaan HLP dan CBBPTB 2015

Jadual Minggu Kedua Kursus Persediaan HLP dan CBBPTB 2015

Begitulah nampaknya dua (2) minggu yang bakal dilalui oleh para peserta kursus hlp 2 minggu ini. Namun, alhamdulillah, seminggu telahpun selesai. Dan kebetulan pada hari Ahad (hari ini 30 November 2014), hari cuti, sempat saya mencuri sedikit masa untuk mengupdate laman web ini, agar pengalaman ini dapat dikongsikan bersama seluruh warga Malaysia amnya dan bakal pemohon HLP khususnya.

Dari segi penginapan..hmm..nak bagi berapa bintang pun tak berapa nak berani, ia subjektif, bergantung pada penilainya. Ada yang mungkin kata amat baik, mungkin ada yang kata memuaskan. Tapi saya dan roomate terpaksalah berpindah bilik, dari A208 ke A303...hehe..agak2 sebab apa kami kena pindah ye...jeng jeng..

Tapi anyway oklah...television ada, single bed ada 2, meja study 2, aircond (inverter lagi)..shower ada water heater...kettle (cuma tak berani nak masak air yang keluar dari paip sbb tengok keruh semacam)..

Waktu pendaftaran para peserta kursus cuma dapat kunci bilik, masih belum dapat fail-fail kursus. Pada waktu malam (Sesi Ice Breaking) baru kami semua diberi fail kursus (ada borang-borang yang perlu diisi serta Kit Cuti Belajar). Sesi taklimat oleh Bahagian Tajaan dan beberapa soal-jawab dilakukan pada malam tersebut. Penghulu dan penghuluwati juga dilantik atas beberapa pencalonan. Dengan menggunakan konsep First In First Out, maka kami sebulat suara memilih penghulu dan penghuluwati :D

 

Ini adalah gambar suasana di Dewan Banquet. Gambar ini ihsan Cikgu Ili Izyani bt Mokhtar dari SK Damansara Utama (SKDU). Beliau ni schoolmate, and classmate saya sewaktu kami sama-sama belajar di SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar. Seingat saya, last kami jumpa pun tahun 1996 (tahun PMR), kemudian form 4 alhamdulillah kami seramai 9 orang dari Bota berpindah sekolah ke SBP (8 orang daripada kami ke KISAS, Klang) dan seorang sangkut di SMKA Labu. Lebih 18 tahun tak jumpa, akhirnya terjumpa di Tanjung Tualang...hehe..

Gambar-gambar di bawah pula adalah suasana di Dewan Kuliah (Dewan 1 dan 2). Nama lain Bilik Sejahtera tak silap saya. Gambar-gambar semua ini adalah ihsan rakan-rakan peserta kursus yang amat sporting. Kami menubuhkan group whatsapp dan group telegram untuk HLP/CBBPTB Batch 2015. 

 

Ya, hari-hari kami macam inilah. Untuk tempoh seminggu lagi. Cuma minggu depan, kami akan berlatih menggunakan SPSS (untuk kajian kuantitatif) dan Nvivo (untuk kajian kualitatif) pula. Dr Ibrahim Mohd Zin dah pesan kepada semua peserta supaya siapsiagakan laptop masing-masing dengan SPSS dan muatturun bahan-bahan bengkel SPSS menjelang 1 Disember (esok lah ye). Pesanan Dr Ibrahim lagi, jangan lupa bawa extension wire.

 

Atas ni gambar-gambar ahli kumpulan saya (group ICT). Yang bersongkok Cikgu Nasirudin dari SMK Damansara Jaya. Berblazer ni Cikgu Shahrizan (dulu orang EPRD, selalu Dr Maimunah Muda sebut2 nama dia...hebat ni), Cikgu Faisal (berbaju pelikat, haha). Dulu sama-sama KPLI di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Jitra Kedah. Yang bertudung Cikgu Ili Izyani (schoolmate) dan Mrs Chooi (sedang belajar di UKM). Semua ahli group sporting, dan masing2 ada kepakaran masing-masing. Waktu presentation Pernyataan Masalah pun, kami gunakan tajuk Mrs Chooi sebab tajuk tu telah pun diREVISED oleh supervisor di UKM.

Kami menghidupkan aktiviti petang kami dengan beriadah. Pusat Latihan Uitm di sini ada menyediakan gimnasium, indoor stadium untuk badminton dan pingpong, outdoor tenis. Basikal juga banyak disediakan, cuma kena pam dululah sebelum nak pusing satu institut...hehe..

  

Ada juga yang sempat makan-makan Mee Udang Galah Tanjung Tualang...hehe...pendek kata, we create our own memories :) cuma Dr Maimunah Muda pesan...ingat...jangan kacau bini orang...haha..

Baiklah. Di sini saya kongsikan bersama peta lokasi Mee Udang Galah Tanjung Tualang. Siapa yang alergi mee udang tu, kalau boleh janganlah try2 ye... datang mengopi udah ler yob :D

 

From Address:

  

Begitulah cerita di sebalik gambar-gambar yang dikongsikan di sini. Saya akan update pengalaman dalam minggu kedua kursus pula ye. Jam dah dekat kul 4.10 petang. Nak rehat pula. Sok pagi2 betolak semula ke Institut Latihan Uitm Tanjung Tualang, Kampung Gajah. Ikut Gopeng jugalah kot, tak terkejar-kejar.. jalan santai..bayar tol RM3 lebih dan kilometer lebih 6 km sedikit.

MINGGU KEDUA

Troubleshoot Wifi Limited Connection

Belajar buat transkrip dan temubual dengan Dr Norliza Khushairi.

Mari belajar SPSS bersama Dr Ibrahim b Mohd Zin.

Malam BBQ dan Karaoke

Fail dan bahan-bahan kursus persediaan hadiah latihan persekutuan (HLP) 2 minggu -- Kesemua peristiwa di atas akan disambung ceritanya kemudian ya.. panjang lagi ghupenya cerita kursus HLP ni...hehe..

Berikut adalah sorotan peristiwa sepanjang tempoh 2 minggu kami berkursus HLP di Pusat Latihan Uitm Kampung Gajah ini. Video multimedia ini ditayangkan pada malam BBQ.

Share

Comments   

 
0 #5 farrah 2015-01-09 07:37
slm cikgu...maaf ganggu...tumpan g tanya boleh ke?cikgu ada pergi ye kursus persediaan hlp bln 11 aritu?saya bakal pergi pada 18/1 nnt..nak tanya beberapa soalan boleh ke?:)
Quote
 
 
0 #4 mohdkhairudin 2014-12-09 00:39
Alhamdulillah berkumpul bersama-sama orang hebat rasa diripun nak jadi hebat....bantul ah kami ya Allah menjadi hamba yang hebat dan bertakwa kepada MU
Quote
 
 
0 #3 fadhilah 2014-12-08 00:43
Selesai 2 minggu kursus... alhamdulillah selesai bab 1 proposal saya. Terima kasih Dr Razak.. edit secara detail proposal yg saya email. Dr Faridah dll... terima kasih byk2
Quote
 
 
0 #2 Cikgu Faiz 2014-11-30 20:19
Quoting adzliena:
Alhamdulillah.....cikgu faiz pun bnyk sgt mmbantu dr segi IT. Wujudkan google cloud tuk permdhkn keje2 simoanan fail n data.
Kami dtg tanpa diberitahu apa yg perlu dibawa...jd brdrkn onglmn org terdahulu kata x yah bawa laptop maka sy x bawa lah.
Hr ni suami dtg dr jb bawa laptop baru tuk saya.....terharu sungguh..dia sediakn yg terbaik tuk saya. Rindu betul ngan anak2.

Pandai pula penghulu lantik saya jd ajk teknikal, walaupun tak pernah berjumpa beliau. Agaknya beliau memilih peserta jurusan ict, dan pangkal nama A...terkena lah teman..hehe..se muanya Allah tentukan, maka saya sambut dgn baik amanah tersebut.. in sha allah hingga tamat kursus 7 dis ini :-)
Quote
 
 
0 #1 adzliena 2014-11-30 16:54
Alhamdulillah.. ...cikgu faiz pun bnyk sgt mmbantu dr segi IT. Wujudkan google cloud tuk permdhkn keje2 simoanan fail n data.
Kami dtg tanpa diberitahu apa yg perlu dibawa...jd brdrkn onglmn org terdahulu kata x yah bawa laptop maka sy x bawa lah.
Hr ni suami dtg dr jb bawa laptop baru tuk saya.....terhar u sungguh..dia sediakn yg terbaik tuk saya. Rindu betul ngan anak2.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

Borang Login

001573254
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
1789
2087
3876
1554261
38990
80401
1573254
IP Anda: 23.20.86.177
Masa Server: 2017-10-17 17:41:27

Siapa Online

We have 64 guests and no members online