Pengalaman Temuduga HLP (Ihsan Sare Sensei)

Sekadar perkongsian pengalaman@ilmu..

Tips nak dapatkan Hadiah Latihan Persekutuan@HLP..

Alhamdulillah, sepanjang berkhidmat dlm perguruan dlm masa 10 thn, sy dh dapat 2 kali HLP.. syukur kedua2nya hanya dgn 1 kali permohonan dan 1 kali hadir temuduga. Yg pertama HLP belajar di luar negara, yang kedua HLP belajar di dalam negara.

Di sini, sy ingin kongsikan tips dan cadangan ke arah memudahkan permohonan cikgu2 dlm mendapatkan HLP atau Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB). Ingin saya maklumkan awal, saya bukanlah insan yg sempurna atau pakar dlm selok belok HLP ini, akan tetapi, sy berasa terpanggil utk berkongsi dgn rakan2 guru yg teringin untuk sambung belajar melalui HLP..inshaAllah semoga tips ini memberikan manfaat buat cikgu2..ikhlas drpd sy.

Memang betul, rezeki kita itu sudah ditentukan oleh Allah. Akan tetapi, sbg hambanya, kita perlu juga merancang dan mengatur strategi awal agar apa yg dihajati dimakbulkan Allah. Pendek kata, usaha + doa + tawakkal.

Baiklah, 
Sepanjang tempoh cikgu2 mengajar di sek, klau blh segala tugas2 rasmi cikgu, laporan2 yg cikgu buat, smua didokumentasikan cantik2 (kalau di sek kita panggil fail meja, tapi cikgu dokumentasikan buat mcm buku)..buat salinan utk diri sendiri.

Segala aktiviti yg cikgu jalankan, rekodkan ikut tahap wakil sek, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Jika boleh, buat cetakan bergambar akt tersebut, susun dan masukkan dlm file spy mudah dilihat.Bukan setakat hendak memohon jawatan Guru Cemerlang@GC sahaja, tetapi jadikanlah ia sebagai amalan baik yang berterusan dlm hidup kita.

Pastikan prestasi kerja tahunan cikgu baik dan cemerlang, pencapaian skt markah sentiasa atas 85..lagi baik atas 90..sbb masa nak apply HLP, markah 3 tahun akhir diperlukan dgn purata yang tinggi. Alangkah bagusnya jika cikgu mendapat purata markah atas 90. Diutamakan juga org2 yg dpt APC dlm masa 3 tahun tu..tapi apa2 pun markah adalah secara menyeluruh.

Lagi bagus kalau cikgu ada menulis apa2 bahan seperti buku, jurnal dll. Apa2 sahaja rekod kejayaan cikgu, sijil2, keratan akhbar..smua didokumentasikan dengan kemas dan disusun cantik dalam fail.

Baiklah. Seperti yg sy dimaklumkn oleh rakan sy (wallahua'lam),

Sblm interview smua calon dah diberi markah oleh pihak tajaan __/50 brdasarkan markah 3 thn lnpt, apc, sumbangan antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah, penghasilan buku dan pencapaian lain.Difahamkan kalau markah skt agak rendah bwh 90, awal2 lagi akan ditolak melainkan sumbangan cikgu byk peringkat antarabangsa dan ada byk menulis buku dll.

Cadangan :
Untuk dptkn markah tinggi semasa permohonan awal dan berjaya dipnggil temuduga, pastikan :
1.Sediakn semua dokumen yg dikehendaki, disusun ikut turutan checklist dan disahkan.
2.Pastikan borang diisi lengkap dan jgn tercicir di mana2 bhgn.
3.Sertakan salinan sijil2 pncapaian, anugerah2 yg dimenangi (walaupun dh lbh 3 thn).
4.Sertakan resume (bg sy ni pnting dan unik).Buat resume penuh berkenaan diri kita, pncapaian dan smua rekod kejayaan atau prkhidmatan dgn kemas, huraian yg mntap serta gambar.
5.Paling pnting, jika ada rekod sumbangan peringkat antarabangsa juga kebangsaan, sertakan sekali walau x diminta dlm checklist.
6.Hantar permohonan awal (sblm hantar copy dulu utk diri sendiri sbg rujukan) ke pengetua atau guru besar utk sokongan dan hantar ke jab.pelajaran negeri masing2.

Jika cikgu berjaya, cikgu akan dipanggil interview melalui pengumuman senarai calon layak interview yg akan dipaparkan di website moe sekitar bln 8.

Masa interview pula, difahamkan penemuduga pula akan beri markah __/50 berdasarkan proposal, soal jawab proposal, kupasan isu semasa terutamanya isu pendidikan, markah bahasa termasuk penguasaan b.inggeris atau bhs ke3 bg mereka yg memohon bidang b.ke3..penampilan cikgu dan juga sumbangan dan bhn bukti kita jika ada sprt penghasilan buku etc.

Tips memilih bidang tugas,
Pilih bidang yg kurang cabaran dan mungkin tak ramai nak minta. Tapi buat proposal tesis baik2. Jika cikgu nak ambil bidang cikgu sama dgn 1st degree atau opsyen perguruan..blh juga sprt yg ramai apply iaitu bdg bm, bi...ok juga tapi pastikan tajuk proposal tesis cikgu menarik dan unik..lain daripada yg lain. Dan yg penting, proposal thesis tu mesti memberikan impak baik dan berkesan pada kpm, maksudnya, bila cikgu buat kajian, kajian tu akan memberikan pulangan@sumbangan besar kpd KPM khususnya pembangunan para pelajar menerusi pdp.

Jika boleh, intai2 bakal pensyarah penyelia thesis kita.  Jumpa dan bincang dapatkan sokongan. Lagi baik kalau pensyarah tu dapat bantu dan keluarkan surat sokongan penuh kpd kita menyokong tesis yang akan dibuat. Ni boleh menunjukkan kita sgt minat dan berusaha utk dptkan HLP.

Pastikan juga cikgu baca isu semasa di Malaysia yg terbaru lagi2 isu yg melibatkan pendidikan. Dasar2 KPM terutamanya Pelan Pembangunan Pendidikan. Dalam ppp tu, cikgu mesti faham peranan subjek cikgu dan apa dapatan hasil kajian cikgu..kaitkan dgn ppp tu. Sbb sbg guru, tugas kita tdk lari dr mendidik dan hasilnya adalah kemenjadian pelajar.

Tajuk proposal@kajian yg nak dibuat seboleh2nya relevan dgn dasar juga kemahuan terkini KPM.

Dah siap proposal tesis, buat 4 salinan, binding cantik2 utk diberikan kpd penemuduga. Pastikan cikgu faham apa yg ditulis, jgn hanya copy paste shj. Tapi mesti faham apa yg hendak dibuat, mcmana metodologi nya, apa impaknya. Yg ptg cikgu faham dan mahir dlm bidang cikgu.

Masa interview, penemuduga akan cuba mainkan perasaan kita dgn mambuat provokasi mcm2..kita kena tenang, pertahankan proposal kita, cakap cara berhemah..yakin dan teruskan bercakap dgn point yg berasas.

Jika cikgu tidak pandai kawal emosi, terperangkap dgn provokasi..mungkin cikgu hanya diinterview sekitar 15 ke 20 minit sahaja.Jika lama lebih 30 minit dan interview tu berjalan dgn baik,kemungkinan besar itu sudah menunjukkan petanda yg baik untuk cikgu.

Bawa segala hasil kerja (yg terbaik), buku2 cikgu hasilkan, fail bergambar akt cikgu yg terbaik dan semua salinan sijil2 pencapaian termasuk sijil2 akademik yang diperlukan. Juga senaraikan jawatan cikgu di sekolah mengikut pecahan bidang, tugas di luar sekolah peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Akhir sekali, jika semua telah selesai, proposal telah siap, semua isu dah baca, cikgu hanya perlu doa dan terus berdoa..bykkan solat hajat da bertawakkal. Banyakkan juga solat dhuha utk dimudahkan rezeki.

Oh ya, iklan utk HADIAH LATIHAH PERSEKUTUAN (HLP) dan CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBPT) bawah KPM biasanya akan mula diiklankan di website moe sekitar bulan April setiap tahun. Borang perlu diisi dan dihantar sblm akhir bln Mei. Kemudian, calon yg layak@terpilih interview akan diumumkan dan dipanggil utk hadir interview melalui website kpm dlm bulan Ogos. Interview akan berlangsung dalam bulan September hingga awal bulan Oktober, berlangsung setiap hari mengikut bidang2 yg tlh ditetapkan dan keputusan calon berjaya HLP/CBBPTB akan diumumkan pd akhir bln Oktober.

Oh ya, ini adalah untuk tawaran HLP/CBBPTB bagi program master & phd di universiti dalam Malaysia sahaja ya. Untuk tawaran ke luar negara, jika tdk silap sy ianya dibuka awal tahun. Rajin2 buka website JPA juga, jika tdk silap sy ada iklan. ke luar negara pada awal tahun. Untuk yg berminat utk sambung blajar di jepun, buka juga website Embassy of Japan di Malaysia, dlm bulan 3 dan 4 juga ada diiklankan tawaran biasiswa penuh blajar ke jepun utk master/phd tajaan kerajaan jepun (jgn risau, utk yg tidak ada asas b.jepun, tesis master/phd blh ditulis dlm b.inggeris dan aliran kelas adalah dlm b.inggeris. Pelajar juga akan digalakkan utk hadiri@mengikuti kelas b.jpn asas di universiti utk knowledge dan kegunaan harian di jepun.

Sebenarnya, jika hendak sambung belajar, prosesnya agak mudah. Bila2 masa kita boleh apply u dan blaja secara pjj@part time dan bayar semua kos u dgn wang ringgit sendiri. Tetapi, untuk further study dgn cuti blajar bergaji penuh dan ditaja penuh biasiswa iaitu HLP (duit poket dpt tiap2 bulan beserta elaun2 dan kemudahan2 lain), bukanlah mudah. Ia perlukan kesungguhan, stategi yg betul dan pencapaian yg tinggi, sebab penerima HLP mmg sgt2 ditapis dan diberikan kpd individu yang betul2 layak dgn pencapaian yg holistik, bagus dlm banyak aspek. Jadi, jika cikgu merancang ingin sambung belajar dgn HLP, bolehlah merancang awal  letakkan target dan susun strategi. Apa pun, kita mampu merancang, smuanya kita serahkan kpd Allah yg maha pemberi rezeki.

Semasa temuduga tempohari, pelbagai ragam calon sy lihat, ada yg muka takut2, majoriti duduk menghafal nita itu dan ini, mengasingkan diri dan sebagainya. Sy, utk hilangkan rasa takut dan gugup, alhamdulillah, sy ambil masa ke surau dulu untuk buat solat dhuha..permohonan terakhir kpd Allah untuk diberikan ketenangan dan lancar semasa temuduga. Alhamdulillah, semua nya berjalan sgt lancar dan tenang.

Ada juga sy bersembang dgn calon yg dah kali ke 3@3 thn berturut2 datang untuk interview, tapi tak berjaya juga (mmg hebat sebab semangat sgt kental tanpa jemu dan putus asa stiap tahun apply). Juga, ada sahabat saya yang memohon HLP selama 4 tahun berturut2 tapi tidak berjaya disenaraikan utk dipanggil temuduga. Semua itu bkn kuasa kita tetapi adalah perancangan Allah dan yakinlah bhw semua yg berlaku ada hikmahnya dan dgn izin drNya.

Apa pun, mendapatkan tips drpd rakan2 yg telah berjaya, mndapatkan ilmu dan buah fikiran drpd pensyarah utk penulisan proposal tesis, adalah jalan yg terbaik utk memudahkan dan melancarkan usaha kita.

Sy, alhamdulillah, hanya dgn sekali memohon dan sekali hadiri temuduga, smuanya berhasil. Syukur segala usaha, perkongsian tips drpd kawan2, motivasi drpd para pensyarah dsb, byk membantu dan membentuk keyakinan diri. Yg penting, rileks semasa di interview, ckp dgn penuh berhemah, cakap dgn butiran fakta yg bernas, yakin, senyum dan sentiasa berfikiran positif...insya Allah, kejayaan menjadi milik kita.

............................................................

Baiklah, berikut rakaman perbualan secara bertulis yg masih sy ingat pada hari kejadian temuduga hlp utk program master di pusat tajaan (sy catatkan beberapa hari slps temuduga supaya dpt dikongsi bersama rakan2 lain jika sy berjaya)

Tarikh : __ sept 2014 (Jumaat)
Masa : 9.40 pagi - 10.20 pagi (lbh kurang 40 mnt)
Bidang : Pengajian Bahasa Jepun
Tempat : Bilik Temuduga 6, Tingkat 1, Bhgn Tajaan Pend. KPM, Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya. Klik untuk buka peta lokasi

Rakaman ini adalah secara ingatan. Jadi, mungkin ianya tidak menunjukkan ketepatan 100% dari segi penggunaan perkataan dan ayat yg sebenar. Tetapi, hampir2 lebih kurang begini situasi soalan dan perbincangan nya.

Ada2 org penemuduga, seorang pegawai lelaki dan seorang pegawai wanita.

P1 - Pegawai Wanita
P2 - Pegawai Lelaki 
C - Calon (saya)

Kring... loceng dibunyikan supaya calon masuk....

...... (tranksrip temubual telah diasingkan atas kehendak pengirim artikel) ......

* Keluar dari bilik tu, sy yakin akan berjaya..tetapi dlm masa yg sama risau sbb byk provokasi.nasib baik sy jawab dgn enang dan cuba pertahankan proposal sy dgn cara berhemah.
* Alhamdulillah, akhir bln 10 result keluar di website moe..syukur sy ditawarkan HLP..terus sy apply kemasukan universiti tempatan utk sesi februari tahun 2015.

Selamat berjaya kepada rakan2 guru yg ingin memohon.

Mmg benar, rama rakan2 guru di sek cakap..buat apa sambung master or phd, nanti blk sek ngajar smula gaji sama je dgn cikgu yg xde master or phd..betul sy setuju. Tetapi, betulkanlah niat kita, untuk apa belajar? Niatkan utk gali lagi ilmu Allah yg sgt luas, tingkatkan kemahiran & inshaAllah setiap niat yg baik itu Allah akan mudahkan semua urusan..siapa sangka akan dtg kita dikurniakan dgn rezeki lain yg kita tdk sangka..apa pun, utk sambung blajar, biarlah ada target,.ada tujuan..bkn saje2 nak sambung atau lari dr sekolah.

Ok, gud luck semua, gambatte kudasai.

Ikhlas perkongsian dr sy..
Hamba Allah

Share

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded [code]Read more...[/code]

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

Borang Login

001573191
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
1726
2087
3813
1554261
38927
80401
1573191
IP Anda: 210.186.53.19
Masa Server: 2017-10-17 17:26:23

Siapa Online

We have 30 guests and no members online