Sistem E-Filing PBPPP aka PBPPP Record Management System

PBPPP merujuk kepada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Baru-baru ini, timbul kelegaan guru-guru hampir seluruh Malaysia kerana Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewartakan bahawa tiada arahan fail PBPPP diwujudkan. 

Atas inisiatif ini, saya membangunkan sebuah sistem maklumat khusus untuk penyimpanan rekod fail PBPPP secara digital. Malah, dokumen tersebut boleh dilihat oleh rakan-rakan sejawat bahkan boleh didownload dan diupload semula oleh rakan.

Kenapa mesti begitu ya? Ya, jika kita lihat penyediaan fail yang dahulu, guru A meminjam fail guru B, menyimpan beberapa dokumen guru B untuk difotostat, kemudian guru A sudah mewujudkan duplikasi dokumen guru B dalam failnya sendiri. Itulah hakikatnya. Alhamdulillah, beban itu kini diringankan dan kini terpulang kepada pihak sekolah untuk menangani bukti dan eviden dokumen perkhidmatan/sumbangan guru.

Ok, cukup kita bercerita berkaitan fail dan segala kertas dokumen di dalamnya. Rajah di bawah adalah skrinshot Sistem E-Filing PBPPP. Sistem versi DEMO ini boleh diakses di http://demo.pbppp.teknologihijau.net. Gunakan ID: user dan Password : user123 untuk login. Anda juga boleh berdaftar dalam sistem DEMO berkenaan dan mula mengupload dokumen (limit saiz 1MB sahaja untuk DEMO).

Sistem ini amat sesuai dibuka dengan tablet atau ipad. Buat masa ini paparan untuk handphone masih diperbaiki (kerana ada sifat bootstrap elemen tidak sesuai untuk skrin kecil).

// bersambung nanti untuk tutorial mudah sistem efiling pbppp