Kaedah Mengawal Keynote App Mac dari iPad (Remote)

Alhamdulillah baru sahaja selesai pembentangan untuk Seminar Penyelidikan Pendidikan Darulaman (SEDAR2016) 28 September 2016. Lebih sedekad sejak saya KPLI di IPDA 2004, semalam kembali ke IPDA untuk membuat pembentangan penyelidikan. Tapi sebenarnya, tiap-tiap tahun saya kembali ke Darulaman ni sebab menyertai iCompex anjuran POLIMAS (sebelah IPDA), hehe...

Ada peserta/pembentang yang PM saya untuk tunjukcara bagaimana saya mengawal slide saya dalam Macbook hanya dengan memegang iPad. Baik di sini saya sertakan keperluan minima untuk pengguna Mac:

  • Macbook (tak kisah OS Yosemite, Capitan atau Sierra)
  • App Keynote dalam Mac
  • iPhone atau iPad (atau yang setara)
  • App Keynote dalam iPhone/iPad
  • Pen stylus (jika ada)
  • Kabel iPad? TAK PERLU... bebas bawa iPad bergerak sambil present
  • Kabel VGA/HDMI Projektor/TV? Kalau untuk tontonan umum, perlulah... sambung Mac ke TV/Projektor

Langkah seterusnya, pastikan anda membuat slide pembentangan dalam app Keynote dalam Mac. Sekiranya Powerpoint telah tersedia, anda boleh mengimport masuk ppt ke dalam keynote, dan kemudian save as keynote format (*.key). Ini adalah contoh paparan keynote dari Mac.

 

Pastikan app Keynote dibuka untuk kita mirror dengan iPad/iPhone. Untuk tujuan ini, saya gunakan iPad untuk tutorial remote keynote.

App Keynote dalam iPad

 

Tekan imej Play pad top right menu dalam App Keynote

 

 

Paparan slide pembentangan dari Mac kini dipancar direct ke iPad (ipad perlu dipegang oleh Speaker)

 

Ia bukan sekadar remote, kita boleh 'menconteng' ipad untuk dipaparkan terus ke LCD Projektor (untuk paparan penonton). Bertujuan untuk menambah catatan dalam slide pembentangan kita. Kaedahnya: Tekan ikon pensel pada top right app Keynote dalam iPad (rajah atas).

 Contoh 'menconteng' slide pembentangan

 

 

Tiba giliran membuat pembentangan di SEDAR2016 tepat jam 3.30 petang. Muka nampak penat, ye la drive awal pagi (5 pagi) pergi IPDA (journey 2 jam, berhenti rehat di RnR Gurun untuk solat Subuh).

OK. Teknik remote ini saya biasa gunakan untuk setiap pembentangan saya baik di pameran pendidikan, pertandingan inovasi malahan ceramah-ceramah jemputan. Kenapa tak guna dalam kelas? Boleh, memang teknik ini boleh digunakan dalam kelas-kelas PdP. Tetapi saya lebih suka gunakan NetSupportSchool untuk 'menconteng' di skrin monitor murid-murid (jumlah monitor murid 20 unit, conteng di monitor guru sahaja semua akan dapat benda yang sama).

Menggunakan remote iPad ke Macbook di Knowledge Sharing bertajuk Multimedia: Towards Development of Mobile Applications di UTC Perak pada 26 September 2016 anjuran KPerak.

 

Menggunakan remote iPad ke Macbook di Innovation and Invention in Education Competition 2016 (2IEC16) di UPSI. Membentang inovasi Let-Gen dan alhamdulillah meraih Pingat Emas dalam pertandingan ini.

Baik sampai di sini sahaja tutorial untuk kali ini. Banyak lagi yang perlu saya update dalam blog ini terutamanya dalam bidang inovasi tetapi atas kekangan masa, saya dahulukan artikel yang penting untuk rujukan semua. Sehingga berjumpa lagi. Artikel yang berikutnya ada kaitan dengan tajuk Master saya sekarang iaitu bagaimana untuk mengagihkan ID 1BestariNet VLE Frog dengan mudah (melalui inovasi Let-Gen). Doakan saya agar perjalanan Master saya dipermudahkanNya. Terima kasih.

Cikgu Faiz 012-5798753 8:51AM 29 September 2016

  • #mood-siapkan-proposal
  • #defend-november2016
Share

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

Borang Login

001697844
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
451
2836
10496
1671934
31897
62464
1697844
IP Anda: 107.20.120.65
Masa Server: 2017-12-15 04:45:56

Siapa Online

We have 55 guests and no members online