Bagaimana menggunakan EZCast untuk mirror handphone/tablet/surface/ipad ke projektor

Artikel ini saya mula usahakan selepas solat Jumaat sebentar tadi (30 September 2016), Jumaat terakhir dalam tahun Islam sebelum Awal Muharam pada hari Ahad ini. Saya rasakan amat perlu tips ini ditulis kerana banyak yang ingin menggunakan EZCast tetapi tidak tahu cara yang betul. Semoga artikel saya ini menjadi ILMU YANG DIMANFAATKAN oleh semua In Sha Allah.

Tidak mengapalah, saya curi sedikit masa berharga saya untuk menulis barang satu dua tips bagaimana hendak menggunakan EZCast untuk mirror device anda (baik handphone android, iOS, windows mahupun tablet android, ipad atau Windows Surface).

Sebenarnya esok (1&2 Okt) saya perlu hadir ke Kursus Android di KL dan sepatutnya saya berehat sahaja petang ini kerana in sha Allah pukul 4.00 pagi esok saya akan memandu ke sana. Tetapi dengan sekelumit masa yang ada, saya gagahkan juga usaha untuk menerbitkan artikel ini, dengan harapan, mana-mana blogger yang ada, boleh lah share/viralkan artikel saya, tetapi perlu kreditkan dari mana sumber yang anda dapat (blogger pun ada etika weh, mana boleh copy and paste sahaja tanpa kredit).

Cari punya cari, jumpa juga resit dan kotak EZCast Dongle. Saya beli ni tahun 2014 dari Lazada. Waktu tu harga RM111 (masih mahal sebab 2 tahun lepas). Sekarang mesti dah makin murah, saya dengar ada yang beli pada harga RM70.

Dongle EZCast ini masih elok hingga ke hari ini, cuma saya jarang gunakan kerana saya telah beralih arah dari Windows User ke Mac Users. Saya hanya gunakan Keynote untuk bahan2 PdP (tanpa EZCast, saya mirrorkan ke Mac). EZCast ni saya cuma gunakan sekali sekala sekiranya bahan-bahan PdP ada dalam handphone android saya (walau saya guna Mac, saya tetap guna handphone android sbb saya develop apps utk android user).

 

Jadi inilah rupa dongle EZCast ini. Sangat berguna. Dalam Perceived Usefulness Technology Acceptance Model, rasanya boleh dapat full marks untuk item Usefulness ni.

 

Setiap dongle didatangkan khas dengan kabel HDMI dan microUSB. Di sebelah hujung cable pula receiver untuk mirroring purposes. Bagaimana hendak menyambung EZCast dongle ke LCD/LED projektor? Atau zaman sekarang ni mungkin ada guru yang mengusung TV ke kelas-kelas (atau pasang TV di kelas). Ok disebabkan kabel yang diberi adalah HDMI, maka port HDMI amat penting baik di projektor atau di tv anda.

 

Perhatikan baik-baik port yang ada di belakang projektor anda. Jika ada HDMI, alhamdulillah. Satu lagi port yang mungkin perlu digunakan adalah port USB. Jika ada port microUSB, itu tak membantu unless anda ada converter USB ke microUSB. Kenapa kita perlukan port USB. Sebab Dongle EZCast perlukan power untuk hidup. Untuk tujuan artikel ini, saya menggunakan powerbank untuk memberi kuasa kepada dongle EZCast tadi.

 

Contoh penggunaan powerbank untuk dongle EZCast. Perhatian semula! Jika projektor anda ada port USB, anda tak perlu gunakan powerbank untuk menghidupkan pula dongle ini ya. OK, bila dongle dah ada power, kita on projektor. Jangan lupa pilih source atau input HDMI (sebab dongle EZCast kita letak di port HDMI).

 

Wow, dah berjaya la kira keluar menu ni ya... hehe... belum lagi tuan puan... device tuan puan perlu install dulu app EZCast. Untuk pengguna android, buka Playstore, cari EZCast. Untuk pengguna iOS, buka Appstore dan cari EZCast. Untuk pengguna Windows, buka Market dan cari EZCast.

Ok bila dah install open app EZCast dalam handphone/tablet/surface anda. Cari SSID yang sama seperti yang tertera dalam paparan projektor anda.

Pilih nama EZCastan-XXXX. Anda mungkin perlu masukkan password. Default password saya tak ingat, tetapi anda boleh rujuk buku manual atau pergi ke Setting (cari menu Setting apabila EZCast dipancar ke dinding). Saya mungkin akan update part ini kemudian ya. 

 

Selepas password berjaya dimasukkan, device anda akan dipapar menu dalam app EZCast. Terdapat banyak menu yang disediakan dalam app EZCast. Untuk tujuan artikel ini, saya hanya akan tunjukcara untuk fail bentuk imej (Photo) dan fail PDF. Kenapa imej? Yelah, kau dah ler masuk kelas tak buat soalan sendiri, ambil dari buku, so snap sahaja gambar masuk handphone. Kan save sebagai imej tu, hehe. Faham tak ni, ish, kena tunjuk gambar juga ni.

Oklah saya snap. Ni kaedah Fast to Fast untuk buat latihan dengan murid, hehe. Ok, next, dalam handphone anda (pastikan app EZCast sedang dibuka, pilih Photo). Cari imej tadi, dan tadaaa...

 

Jika anda ada format buku teks dalam bentuk imej lagi baik. Tak silap saya buku teks digital (format PDF) boleh didapati dari Internet. Laman web mana tak pasti. Nanti saya refer semula. Ok, ni contoh guna Photo. Anda boleh menconteng jawapan sebenar untuk berbincang dengan anak murid ya. 

OK, tadi tunjuk EZCast pasang dengan projektor. Kalau kami nak pasang dekat TV pulak? Ok, dah boleh agak soalan tu, hehe. Macam biasa, cek dahulu port TV, ada tak port HDMI dan USB. Jika ada, boleh gunakan HDMI dan USB untuk kuasa dongle.

Uik, penuh sawang rupanya tv teman. Ini la keadaan tv yang dipasang bracket dekat dinding, hehe. Nasib baik port ada di sebelah tepi. Ada port HDMI, dan USB sebelah atas sekali. Jadi dongle EZCast boleh berfungsi dengan baik. Ok next, kita perlu buka device kita untuk pairing dgn EZCastan SSID. Kaedahnya sama: Cari SSID, dan masukkan password (boleh nampak di skrin tv).

OK, nampaknya kita dah berjaya mirrorkan handphone kita dengan tv pula. Kali ini, kita tunjukkan cara nak edit pdf (nak conteng pdf) kerana kebanyakan bank soalan dalam format pdf. Untuk tujuan ini, tekan Document, browse handphone storage (kebanyakan dokumen berada dalam folder Downloads), pilih satu fail pdf. Sila rujuk gambar di bawah, klik untuk memperbesar imej.

 

Saya akhiri dulu entri saya buat masa ini, baru balik ambil anak kelas KAFA. Belikan mereka jagung cup, jagung tongkol, pisang emas (untuk buat cekodok minggu ni). Jika ada sebarang masalah untuk setup EZCast, boleh ajukan persoalan melalui komen di bawah. In sha Allah ada masa saya atau rakan2 EZCaster akan menjawab. 

Kesimpulan:

  • iPad mirror dengan Mac (Mac sambung ke projektor/tv) - TANPA GUNA EZCast, boleh guna Keynote app sahaja
  • Handphone/tablet/surface/ipad dan sewaktu dgnnya mirror dengan projektor/tv - mesti guna EZCast 

Saya dah gunakan kedua2nya... saya lebih suka kaedah 1 (ipad mirror mac).. hanya individu yang pernah guna kedua-dua teknik boleh BANDINGBEZA kekuatan dan kelemahan kaedah mirror ini.

Cikgu Faiz (0125798753- Telegram/Whatsapp only)

 

Share

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

Borang Login

001573256
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
1791
2087
3878
1554261
38992
80401
1573256
IP Anda: 23.20.86.177
Masa Server: 2017-10-17 17:41:39

Siapa Online

We have 65 guests and no members online