App Kira Pencen JPA kini tiba

Hampir sebulan app ini dibangunkan. Kini tiba masanya untuk saya publish dalam Google Play Store. App Kira Pencen versi Android ini didatangkan khas dengan dua versi: Pro dan versi Percuma. Saya akan sambung tutorial penggunaan app ini dari semasa ke semasa ya sebab sibuk dengan urusan penulisan tesis saya lagi. Sambil-sambil tu saya develop app ini untuk manfaat orang ramai.

 

Hampir sebulan. Ya, saya mula develop pada 30 Oktober 2016. Tetapi keperluan analisis (Analysis Requirement) rasanya beberapa minggu sebelum itu. Mungkin tempoh sebenar adalah hampir dua bulan. Metodologi saya prefer Agile Methodology sebab iteratif dan boleh tambah beberapa fungsi dalam kadar yang cepat. 

Saya masih ingat apabila saya paparkan skrinshot app ini sewaktu dalam fasa pembinaan, ada rakan yang mahukan medan baki hutang pinjaman perumahan dimasukkan. Yelah, bukan ke nak tolak wang graduiti/wang ganjaran jika masih ada kakitangan awam yang masih berhutang, hehe. Jadi saya consider pendapat rakan-rakan, dan terus tambah satu medan lagi. Medan emel juga saya fikirkan perlu agar app boleh menghantar rekod kiraan sama ada ke emel organisasi atau emel peribadi staf.

 

Jadi, siaplah app versi 1.0 ini. Cubalah download dan isi. Nanti saya update entri ini untuk manual penggunaan app ini. Setiap kakitangan awam berhak memiliki app ini sebab ia PERCUMA! Cuma, versi Android sahaja buat masa ini. Macam biasa, apabila saya publish app, akan ada soalan yang akan ditanya: "Versi iOS takde ke?", hehe. Bukan apa, saya pun guna Android Studio, jadi taulah apa output dia kan. Lain la kalau saya guna hybrid, macam Intel XDK, XAMARIN dan lain-lain. Boleh publish app Android, iOS dan Windows Phone dalam satu klik je.

Ok, bersambung nanti.

 

Inovasi ICT untuk Sektor Awam