Sistem Pemarkahan Sukan

Anda sedang mencari-cari sistem pengiraan markah/mata sukan sekolah? Ya, sukan balapan dan padang. Jika begitu, anda membuka link yang sepatutnya. Kami memang membangunkan sistem pemarkahan sukan, dahulu kami bangunkan versi Excel (sejak 2007-2009) dan diberi nama Kejola-X. 

Atas peredaran masa dan ledakan teknologi maklumat, kami mula meninggalkan versi offline excel ini dan membangunkan versi online sejak tahun 2010 (E-Kejola). Dan pada tahun 2011, sistem pemarkahan sukan ini telah mendapat tempahan secara dalaman (tidak dibuka kepada pihak luar). Tugas guru rumah sukan, setiausaha sukan menjadi amat mudah apabila mengelola kejohanan sukan pada setiap tahun. Bukan sahaja sukan sekolah, sistem E-Kejola ini juga digunakan untuk mengelola kejohanan MSSD Daerah dan MSSM Negeri.

Untuk manual dan demonstrasi sistem pemarkahan sukan, sila KLIK HALAMAN INI.