Sememangnya kaedah ini lebih mudah, kerana tiada query perlu dibuat dalam Microsoft Access database. Saya terpaksa menerbitkan artikel ini kerana pada minggu ini, hampir setiap hari saya menerima SMS/Whatsapp bertanyakan perkara ini. Sepatutnya konsep pemindahan data dalam artikel saya terdahulu adalah copy paste Excel ke Excel sahaja. Ini bermaksud, jika guru menggunakan APDM sebagai data utama, jadi copy paste sahaja Excel APDM ke template CSV yang telah saya sediakan.
Terkini: Artikel terbaru saya "Bagaimana mengimport data APDM sahaja ke SPS". Kemaskini 10 Februari 2014 jam 8.35pm.
Akhirnya saya berjaya menjumpai teknik mengimport data murid ke Sistem Pengurusan Sekolah. Ya, data murid SMM atau APDM boleh diimport ke dalam SPS. Pada mulanya saya berfikir guru kelas pasti akan terbeban sekiranya terpaksa menaip semula dari kosong data murid.
Ralat 1 : Tiada menu Sekolah Saya setelah login sebagai GuruKelas
Sila semak sama ada anda telah menyelenggara maklumat staf berkenaan. Sebagai contoh, anda telah mewujudkan seorang pengguna sistem dengan akaun gurulelaki.kodsekolah.
Anda perlu mewujudkan satu kumpulan baru dan berikan nama sebagai GuruKelas. Memanglah sudah wujud group TeacherGroup tetapi tidak semua Teacher adalah Guru Kelas.
Pada 5 September 2013 lalu, semua Guru Data Zon PKG Teluk Medan, Bagan Serai telah menghadiri Bengkel Peluasan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
Buka SMMDATA.mdb dalam path C:\HEM. Pastikan data SMM anda terkini. Klik CREATE pada tab atas, dan pilih Query Design.