Bengkel Peluasan SPS

Pada 5 September 2013 lalu, semua Guru Data Zon PKG Teluk Medan, Bagan Serai telah menghadiri Bengkel Peluasan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

Fasilitator yang terlibat adalah pegawai-pegawai di Pusat Kegiatan Guru Daerah Kerian beserta juruteknik PKG. Bengkel dijadualkan pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Terdapat 6 modul yang dicadangkan untuk dibengkelkan. Modul pertama yang harus Guru Data selesaikan adalah Modul Selenggara Pengguna Sistem. Di dalam modul ini, terdapat dua sub modul iaitu Selenggara Pengguna Sistem dan Selenggara Kumpulan Pengguna. Kumpulan Pengguna didefinisikan sebagai group permission. Misalan, jika seorang guru adalah Guru Kelas dan Guru Akademik Biasa (GAB), maka group guru ini mesti dipilih TeacherGroup dan GuruKelas (cipta sendiri Kumpulan Pengguna jika kumpulan Guru Kelas tiada).