Ralat Guru Kelas dalam SPS

Ralat 1 : Tiada menu Sekolah Saya setelah login sebagai GuruKelas

Sila semak sama ada anda telah menyelenggara maklumat staf berkenaan. Sebagai contoh, anda telah mewujudkan seorang pengguna sistem dengan akaun gurulelaki.kodsekolah.

Pergi ke Modul Pengurusan Staf dan Selenggara Maklumat Staf. Tambah staf baru, pilih maklumat sedia ada gurulelaki.kodsekolah dan lengkapkan maklumat asas. Cuba login semula sebagai gurulelaki.kodsekolah.

Ralat 2 : Tiada modul yang ingin dipilih dalam Sekolah Saya

Sebenarnya saya pun pelik kenapa pemilik sistem tidak melihat masalah ini. Adakah mereka tidak cuba login sebagai gurukelas? Hanya ujilari sistem ini dengan login gurukelas yang mempunyai kuasa system administrator/admin?

Sekiranya anda menghadapi masalah ini, jangan panik. Anda tidak perlu assign guru kelas sebagai system administrator. Itu bukan kaedah terbaik. Apa yang perlu anda buat ialah anda perlu modify url anda. Anda kini sedang berada dalam url ini bukan? -> https://sps.1bestarinet.net/SPS/sms/camms/mySchoolMenu.jsp

Sekarang, cuba hapuskan perkataan mySchoolMenu.jsp dan gantikan dengan schoolAdminMenu.jsp dan tekan ENTER. URL baru anda akan kelihatan seperti ini -> https://sps.1bestarinet.net/SPS/sms/camms/schoolAdminMenu.jsp 

Anda pasti boleh melihat modul yang ingin anda pilih! Cubalah!