SK Jalan Baharu meraih 2 Emas dalam 2iec'16

TANJUNG MALIM, 19 Mei 2016 - SK Jalan Baharu Parit Buntar (SKJB) telah mengungguli Kategori Sekolah dalam Pertandingan Innovation and Invention in Education Competition (2iec'16) anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Projek inovasi Fascinating Sabah and Sarawak Augmented Reality (AR) dan Let-Gen2.0 untuk Frog VLE telah diiktiraf sebagai inovasi apabila memenangi Emas dalam kategori tersebut.

Kejayaan yang lebih manis apabila projek AR tersebut telah memenangi Best Innovation dalam kategori tersebut. SKJB yang diwakili oleh adik Anis Sofea bt Saiful Rizal dan Nur Izzah bt Zawawi (murid Tahun 5) dibimbing dan dilatih oleh Pn Nor Azura bt Mohamed Shapri (Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2016) membawa projek AR tersebut.

ar

Adik Nur Izzah Zawawi dan Anis Sofea Saiful Rizal sedang membentang Projek Inovasi Fascinating Sabah and Sarawak Augmented Reality

 

Manakala En Azharul Faiz b Zainal Abidin (Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015) pula membawa projek Let-Gen2.0 (Let-Gen adalah akronim kepada Letter Generator untuk pengurusan Frog VLE). Projek Let-Gen sudah disebarluas ke seluruh sekolah di Malaysia melalui auto-emel promosi oleh server dan hampir 200 buah sekolah di Malaysia telah menggunakannya. Projek ini bersifat rintis dan diedar secara percuma untuk tujuan R&D oleh Cikgu Faiz.

 

Cikgu Faiz sedang membentang bagaimana Let-Gen2.0 mempengaruhi Technology Acceptance Model dalam pengurusan Frog VLE

SKJB membawa pulang 2 Emas untuk 2iec'16 beserta wang tunai sebanyak RM1000. SKJB menebus kekecewaan apabila projek AR yang sama dipertanding di platform iCompex'16 di Jitra Kedah sekadar pulang dengan sijil penyertaan manakala Let-Gen yang meraih Perak di iCompex dinaiktaraf ke Emas dalam 2iec16.

 

 Team ICT SK Jalan Baharu bergambar di booth pameran di Bangunan E-Learning, UPSI

Penyertaan inovasi ini adalah inisiatif Team ICT SKJB untuk mengharumkan nama sekolah. Bermula secara agresif sejak tahun 2014, pasukan ICT dilatih dan dibimbing secara berkala oleh dua (2) orang guru penasihat.

Anggaran perbelanjaan untuk pertandingan 2iec16:

  • Yuran penyertaan sebanyak RM100 untuk satu projek inovasi, untuk projek AR pihak sekolah telah membiayai yuran tersebut manakala untuk projek Let-Gen, yuran di bawah tanggungjawab guru terbabit
  • Tuntutan perjalanan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) iaitu PPD Kerian. Tuntutan harus diiringi oleh surat pelepasan dan kebenaran oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak (sila rujuk lampiran)
  • Tuntutan bermalam adalah seiring dengan tuntutan perjalanan. 

 

Keputusan penuh Pertandingan Inovasi 2iec'16 boleh dilihat di http://2iec16.wix.com/2iec16#!keputusan/c4nz

 

 

Attachments:
Download this file (pelepasan_2iec16.pdf)pelepasan_2iec16.pdf[Pelepasan JPN Perak untuk Pertandingan Inovasi 2iec16]65 kB
Share

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Pengalaman Inovasi merupakan ruangan baru untuk Cikgu Faiz berkongsi pengalaman inovasi beliau. Diwujudkan sejak awal tahun 2016. Pengalaman inovasi akan ditambah dari semasa ke semasa (pengalaman sejak tahun 2007 hingga KINI).

Siapa Online

We have 43 guests and no members online