Pengalaman 33 Jam Hackathon MAMPU 2015

33 Jam Hackathon Data Terbuka Sektor Awam 2015 berlangsung dari 9-10 September 2015. Artikel ini ditulis untuk Knowledge Sharing / Experience Sharing untuk rakan-rakan sektor awam atau murid-murid sekolah menengah / pelajar IPTA/IPTS yang ingin memasuki 48 Jam Hackathon MAMPU pada tahun 2016 ini.

Sebenarnya perjalanan saya ke Hackathon 33 Jam tahun lalu penuh liku dan padat. Seminggu sebelum itu, saya menghadiri Final Judging MSC APICTA di Empire Damansara untuk Kategori Best of e-Inclusion/Community untuk inovasi Sistem RPH Online. Kebetulan pada 11 September 2015, perlu juga hadir ke Empire Damansara sekali lagi untuk final judging kategori Best of Primary Students Project pula untuk dua (2) tajuk iaitu Sultan Nazrin di Hati Rakyat (Multimedia) dan Portal Interactive Learning (E-Learning).

Rancang punya rancang, akhirnya jalan terbaik, saya menaiki bas ekpress untuk ke KL Sentral dan pulang pada 11 September 2015 memandu kereta yang dibawa oleh Teacher Azura dan team APICTA 2015 di Empire Damansara. Kompleks bukan, hehe.

Team Hackathon pula bertolak dari Teluk Intan (Cikgu Romie dan Cikgu Azmin), memang agak sukar untuk menumpang mereka kerana saya dari Parit Buntar, Perak. Jadi, akhirnya itulah yang terbaik, dengan segala kekangan yang ada, saya naik bas, turun naik LRT di UKM Bangi, ambil teksi dan drop saya di Bangi Lanai (perjalanan 9 September).

Bas berhenti seketika di Hentian Sebelah Gua Tempurung

Kenapa saya tak naik ETS? Sebab tiket habis maa, ETS kalau beli last minute memang habis walaupun kita beli online. Boleh beli online ke? Ya, tak payah gi beratur kat kaunter KTM mana-mana cawangan, buka sahaja URL https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx dan create account untuk pengguna baharu.

Ok, bas sambung bertolak dan berhenti seketika di Hentian Duta, KL Sentral dan Pudu. Untuk mengejar masa yang kian senja, saya perlu turun di KL Sentral untuk mengejar LRT ke Bangi. Cikgu Romie telah menempah Bangi Lanai untuk tempat kami bermalam untuk Hackathon pada keesokan harinya. Di mana ya Bangi Lanai tu? Ok, di sini saya sertakan lokasinya.

From Address:

Dari Bangi Lanai ke TM Innovation Centre, Cyberjaya tidaklah jauh mana. Sebab tu Bangi Lanai menjadi pilihan kami, murah pun murah untuk bilik ada tiga katil, hehe. Lokasi Hackathon 33 Jam adalah di TM Innovation Centre, Cyberjaya. Di sini saya sertakan lokasinya.

From Address:
 

Pagi 9 September, kitorang tak rushing mana. Siap sempat solat Subuh berjemaah di Masjid Teras Jernang. Bersiap2 untuk checkout dan terus bertolak ke Cyberjaya. 

Makan pagi disediakan di tempat hackathon, jadi kami takde la nak singgah mana-mana kedai mamak untuk pekena roti double dan teh tarik. Selesai pendaftaran, kami diberi t-shirt hitam tertulis Hackathon 33 Jam. Semua peserta digesa agar memakai baju t-shirt yang sama untuk sesi perasmian sebentar nanti. Macam biasa, sewaktu perasmian, akan ada montaj perasmian. Di sini saya sertakan rakaman montaj yang saya rakam sendiri menggunakan Sony Experia Z3 (device utama untuk develop app sepanjang bergelar sebagai freelance developer). Seronok sebenarnya tengok montaj-montaj multimedia, sebab saya pun aktif membangunkan persembahan/montaj multimedia di samping freelance programmer dan developer. Jarang sebenarnya ada IT person yang minat kedua-dua bidang Information System dgn Multimedia, mostly akan pilih salah satu.

Ok, dah tengok montaj di atas, jadi dah nampak kan apa benda yang hackathon, data terbuka ni nak. Ada lagi, kejap lagi saya share apa kriteria penilaian. Tapi untuk tahun lepas lah. Tahun ni mungkin lain. Tapi tahun ni untung, siap ada kategori khas:

  • Sekolah Menengah
  • Sektor Awam/Institusi
  • Universiti Awam

Tahun lepas (2015) mana ada kategori2 ni. Kami siap bersaing dengan company2 developer yang join, antaranya Cool Studio (dulu dikenali sebagai Sejuk Studio). Mereka ni kalau tak menang, memang saja lah, hehe. Jadi untung hackathon 48 jam tahun ni. Malangya tarikh 25 hingga 27 Oktober 2016 ni terlalu peak period bagi saya. Dengan 25hb isteri perlu ke klinik untuk scan dengan risiko chocolate staining lagi (bleeding). 27 Oktober pula mak mertua operate mata untuk buang katarak di Hospital Pantai, Ipoh. Bulan November 2016 pula dijangka saya akan defend proposal untuk penyelidikan master saya. Jadi, agak keberatan untuk menyertai hackathon kali ini atas faktor kekangan masa.

Ok, baiklah. Hanya miracle sahaja mampu membuatkan saya kembali menyertai Hackathon 2016 ini, hehe. Macam mustahil, jika anda di berada dalam situasi macam saya, pastinya anda akan dahulukan mana yang penting, betul.

Ok gambar di atas menunjukkan kriteria penilaian. Suka diperingatkan, kriteria ini digunapakai pada tahun 2015 ya. Format pada tahun ini belum pasti. Tapi yang pasti Elemen Big Data Analytics tu penting. Apa sebenarnya yang perlu disiapkan dalam tempoh 33 jam (atau 48 jam) tu ya? Ok, di sini saya catatkan:

  • Prototaip aplikasi (app/sistem/laman web/dashboard)
  • Slide (tak banyak, dalam 3-4 slides)
  • Laporan (jika diminta - tahun lepas takde, tahun ni dengarnya ada. tu sebab tambah 15 jam lagi kut, hehe)

Eh, senangnya buat prototaip. Ye la, senang kau cakap kalau kau dah mula buat dari rumah, hehe. Ini kami buat waktu mula sahaja detik hackathon dikira. Waktu demo tu, tunjuk la mana big data kau, apa kesannya dalam app yang dibangunkan (elemen big data analytics), apa ramalan yang mungkin boleh buat berdasarkan data-data yang kau analisis dalam app/sistem kau (kalau dapat dalam bentuk graf). Kalau dapat masukkan elemen NBOS lagi bagus. Apa yang penting, WOW faktor waktu persembahan bila tamat 48 jam nanti. Untuk gimik pembentangan, kami menyediakan montaj multimedia, boleh refer video di bawah.

 

Ok, nampak dah suasana Hackathon? ha.. tu baru 33 jam... tak tido beb. mana sempat tido kalau kau tgh khusyuk buat kerja. air nescafe bertin-tin kitorang minum tak tengok kiri kanan dah, hehe. Mana app kami? Kami tak upload dalam playstore, ingat nak sambung bila dishortlist dalam fasa akhir hackathon, malangnye tidak, hehe. Dah shortlist ingat baru nak sambung prototaip app tu. Ada je app tu, in sha allah nanti saya upload dalam playstore bila dah murni sikit. 

Konsep Hackathon satu lagi BYOD. Apa benda tu? Ya, Bring Your Own Device. Laptop, macbook, imac, notebook, chromebook, printer, mouse, scanner (bawa yang nak guna sahaja weh, takkan nak angkut satu ofis punya equipment, haha).

Ha, ni baru sikit codes kami. Nilah antara kerja 33 jam. Banyak yang sengaja diletak komen tu (orang programmer faham). App kitorang mudah, Electricity Cost Calculator (ECC). Dari nama, boleh agak apa yang app mampu buat dan ramal. Guna apa ni, hah, ni bukan PHP ke apa. kitorang guna Android Studio (purely native programming). Prototaip korang bebas nak guna apa, banyak juga yang guna PHP. Tapi yang shortlist, menang, banyak buat app. 

Oklah, sampai sini sahaja yang dapat saya bagi tips. Gambar di atas diambil sebelum group kami present (dengan sengaja duduk atas lantai di luar bilik yang ada 8 orang juri). Muka masing-masing penat, ye la, kerja 33 jam weh. Kami agihkan kerja dengan mudah:

  • Saya (gambar kiri sekali) selaku core programmer/developer
  • Cikgu Romie (gambar kanan sekali) selaku graphic designer
  • Cikgu Azmin (dok tengah-tengah) selaku graphic designer 2


Android Studio ni ada XML (GUI - layout dan kami banyak gunakan Photoshop dan Illustrator untuk buat ikon, layout menu dll). Di bawah ni ada skrinshot app yang kami bangunkan waktu Hackathon. Tetapi, untuk menghubungkan setiap page (activity), mesti gunakan Java. Dan untuk run butang-butang kiraan, semuanya gunakan Java. 

Jadi, selamat berjaya untuk yang baru hendak mencuba tak tidur malam selama 2 hari (48 jam), hehe. Ala, kalau kau rasa nak tidur, ko tidur je, sape nak tegah ko nak membuta, haha.

Ingat, elemen Big Data Analytic penting!

 

Cikgu Faiz 012-5798753
Android Developer/ System Programmer (PHP/MySQL)

 

Share

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Pengalaman Inovasi merupakan ruangan baru untuk Cikgu Faiz berkongsi pengalaman inovasi beliau. Diwujudkan sejak awal tahun 2016. Pengalaman inovasi akan ditambah dari semasa ke semasa (pengalaman sejak tahun 2007 hingga KINI).

Siapa Online

We have 59 guests and no members online