SK Jalan Baharu diperkasa dua guru Inovatif Negeri Perak

Parit Buntar - Kejayaan SK Jalan Baharu Parit Buntar dipilih sebagai finalis kategori Sekolah Pilihan GPS dalam Pertandingan Anugerah GPS Bestari mengiringi dua kategori lain iaitu kategori Video Paling Kreatif serta kategori Sukan dan Kokurikulum Terhandal. Apakah formula yang melayakkan sekolah ini menjadi finalis ketiga-ketiga kategori ini? Mari bersama-sama kita bongkar resipi kejayaan sekolah ini.

Finalis kategori Sekolah Pilihan GPS dipilih berdasarkan pencapaian dalam pelbagai bidang. Sekolah yang mempunyai penyertaan di peringkat antarabangsa diberi 5 markah, peringkat kebangsaan 3 markah, peringkat negeri 2 markah dan peringkat daerah 1 markah.

Puan Hajah Noriah binti Abdul Hamid, Guru Besar SK Jalan Baharu melahirkan rasa terharu dan gembira apabila sekolah layak ke peringkat akhir kategori ini. Beliau berkata lagi, sekolah ini ditunjangi dua orang guru inovatif negeri Perak yang telah menerima pelbagai anugerah inovasi baik di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Dua orang guru yang dimaksudkan itu ialah Puan Nor Azura binti Mohamed Shapri (Guru Inovatif Negeri Perak 2016) dan Encik Azharul Faiz bin Zainal Abidin (Guru Inovatif Negeri Perak 2015). Idea inovasi kedua-dua guru ini turut melibatkan murid-murid sekolah hingga ke peringkat antarabangsa di Colombo, Sri Lanka dalam International Asia Pasific ICT Alliance Award (APICTA) tahun 2015.

Encik Faiz berkata, apabila mendapat tahu berkaitan pertandingan Anugerah GPS Bestari ini daripada Guru Media, Puan Aineda bt Noorazmi, beliau berjumpa dengan Guru Besar dan memberitahu format pemilihan. Lalu, jawatankuasa pemilihan peringkat sekolah dibentuk dan telah memilih lima pencapaian terbaik sekolah di peringkat antarabangsa dan lima pencapaian terbaik sekolah di peringkat kebangsaan. 9 pencalonan sekolah adalah dalam bidang inovasi dan 1 bidang unit beruniform Pengakap.

Pencalonan antarabangsa melibatkan pencapaian sekolah di International APICTA di Colombo, Sri Lanka dengan projek multimedia berjudul Sultan Nazrin King of Our Heart. Projek yang sama telah memenangi Pingat Emas dalam iCompex16, Johan Video Inisiatif Amanjaya anjuran KPerak dan Pemenang Merit Best of Primary Students Project di MSC Malaysia APICTA 2015. Gambar bersama Duta Malaysia ke Sri Lanka (tengah) sewaktu program Malaysia Reception dengan konsep Lake Cruise di Hotel Cinnamon Lakeside, Colombo.

Tiga pencalonan antarabangsa seterusnya adalah daripada penyertaan Encik Faiz dan Puan Azura iaitu di MELTA, INDES dan DESA. SK Jalan Baharu telah menyertai Aman Jaya Knowledge Techno Award 2016 sempena Konferen Antarabangsa MELTA ke-25 di Hotel Casuarina, Meru, Perak Malaysia dengan dua penyertaan iaitu Augmented Reality (AR) dan MyUPSR Revision App Android. Di International Invention, Innovation and Design 2015 (INDES), SK Jalan Baharu meraih Pingat Emas untuk projek inovasi Sistem Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Online. Inovasi yang sama telah dibentangkan di Digital Education Show Asia (DESA) 2015 di Kuala Lumpur Conventional Centre (KLCC).

Inovasi Sistem RPH Online turut mendapat Tempat Pertama dalam National University Carnival on E-Learning (NUCEL2015). Kejayaan meraih Pingat Emas dalam pertandingan-pertandingan inovasi seperti di National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2016 (iCompex16) bagi Projek Video Sultan Nazrin dan meraih dua Pingat Emas di Innovation and Invention In Education Competition 2016 (2iEC'16) bagi projek Fascinating Sabah and Sarawak (Augmented Reality) dan inovasi Let-Gen2.0 untuk VLE Frog. Lebih manis apabila projek inovasi Augmented Reality diiktiraf sebagai inovasi terbaik dalam 2iEC'16.


Menurut Puan Azura yang membimbing projek Augmented Reality ini, projek ini akan diperluas ke unit-unit yang memerlukan kefahaman lebih dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Buat masa ini, Unit 8 bertajuk Fascinating Sabah and Sarawak dalam buku teks Bahasa Inggeris Tahun 5 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) boleh menggunakan aplikasi Aurasma untuk menggunakan inovasi yang telah disediakan ini. 

Beliau yang baru dinobatkan sebagai Johan Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah 2016 Peringkat Negeri Perak berkata sekiranya ada rezeki, inovasi yang sama akan dicalonkan untuk pencalonan Anugerah Guru Inovatif Kementerian Pendidikan Malaysia (Sekolah Rendah) pada tahun 2017. Trailer inovasi ini boleh dilihat melalui pautan Youtube di https://youtu.be/eJgS1xAel2s.

 

Manakala seorang lagi guru inovatif iaitu Encik Faiz lebih banyak membantu pihak sekolah dalam inovasi bidang pengurusan ICT. Inovasi terbaru yang dibangunkan adalah aplikasi android untuk mengira anggaran pencen persaraan wajib. Aplikasi ini amat berguna untuk kegunaan sektor awam khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui pautan https://play.google.com/store/apps/details?id=faiztech.kirapencen.jpa atau cari sahaja dengan kata kunci kira pencen jpa dalam Google Play Store.

Tidak hairanlah sekiranya 90% pencalonan SK Jalan Baharu dalam kategori Sekolah Pilihan GPS adalah dalam bidang inovasi. Difahamkan, pasukan inovasi sekolah dibarisi murid Darjah 4, 5 dan 6. Setiap tahun, pasukan pelapis dibentuk dari murid Darjah 4. Kemenjadian murid melalui pencapaian pingat inovasi baik di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa harus diberikan sokongan sepenuhnya oleh semua pihak. 

Pasukan inovasi ICT SK Jalan Baharu sewaktu berada di pertandingan iCompex16 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra Kedah. Dari kiri Fatimah Alia bt Osman, Anis Sofea bt Saiful Rizal, Nur Aina bt Azahar, Nur Izzah bt Zawawi dan Nuraqlima Saffiya bt Rizalsham.

Rumusan pencapaian inovasi ICT SK Jalan Baharu boleh dilihat melalui jadual di bawah:

 

Share

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Pengalaman Inovasi merupakan ruangan baru untuk Cikgu Faiz berkongsi pengalaman inovasi beliau. Diwujudkan sejak awal tahun 2016. Pengalaman inovasi akan ditambah dari semasa ke semasa (pengalaman sejak tahun 2007 hingga KINI).

Siapa Online

We have 22 guests and no members online