Membuka modul RPH

Selepas anda berdaftar dengan sistem RPH Online, sila login masuk sistem. Pastikan anda memilih ikon Buku Biru untuk mengakses Modul RPH Online.

Read more: Membuka modul RPH

Menambah RPH baru

Terdapat mod Tambah, Edit, Salin RPH. Video ini akan menunjukcara bagaimana untuk menambah RPH dari mula (dari kosong). Sekiranya pengguna telah mempunyai banyak rekod RPH disimpan dalam database, mod ini jarang digunakan. Hanya menggunakan Mod Salin untuk menyalin RPH lama untuk disimpan sebagai RPH baru.

Read more: Menambah RPH baru

Menulis impak RPH selepas PDP

Di dalam sistem RPH Online ini, medan Impak/Refleksi diasingkan dalam borang RPH. Pengguna perlu klik Mod Tulis Impak (ikon Hijau) untuk menulis impak selepas kelas. Medan Impak perlu diasingkan daripada Modul Tambah RPH kerana impak dan refleksi hanya ditulis selepas guru selesai melakukan aktiviti PDP dalam darjah.

Read more: Menulis impak RPH selepas PDP

Memaparkan RPH yang telah disimpan dalam database

Untuk membaca semula RPH yang telah disimpan, pengguna perlu klik ikon Buku Biru (tanpa pensel). Tujuan Mod Papar ini adalah untuk membenarkan pengguna melihat RPH yang telah dibuat, juga untuk tujuan pemantauan. Namun, pemantauan RPH Online boleh dibuat melalui cetakan RPH atau Mod Pengesahan oleh Tuan PGB (Pengetua/Guru Besar).

Read more: Memaparkan RPH yang telah disimpan dalam database

Mengesahkan RPH yang telah dibuat oleh guru

Sebagai default, hanya login sebagai Tuan Pengetua/Guru Besar boleh mengesahkan RPH yang dilakukan oleh guru. Namun, akaun tambahan juga boleh diwujudkan untuk membenarkan lebih seorang pengesah (login sebagai Sekolah atau Penolong Kanan).

Read more: Mengesahkan RPH yang telah dibuat oleh guru

Analisis bilangan RPH dalam format SWF

Sistem RPH Online turut menyediakan Modul Analisis RPH, melihat bilangan RPH yang telah disediakan oleh guru. Pengguna boleh melihat bilangan RPH sendiri, manakala login sebagai Tuan Pengetua/Guru Besar, boleh melihat bilangan RPH yang disediakan oleh guru-guru di sekolah mereka.

Read more: Analisis bilangan RPH dalam format SWF

Manual Penggunaan RPH Online

Video tutorial penggunaan sistem RPH Online di http://rphonline.teknologihijau.net. Video ini ditayangkan semasa pameran inovasi diadakan. Terlibat dengan beberapa siri pameran inovasi, antaranya di Perhimpunan Guru Muda Satu Malaysia Zon Utara di SMK Hutan Kampung, Alor Setar (Februari 2013), Pameran Hari Guru Negeri Perak di MRSM Felda Trolak (Mei 2013), Pameran EduiNeri di UPSI (September 2013) dan Majlis Anugerah Inovasi Negeri Perak di Hotel Taiping Perdana (November 2013).

Read more: Manual Penggunaan RPH Online

Perbandingan RPH dahulu dengan versi online

Saiz tebal atau saiz kompak? Lama masa atau masa singkat? Satu rim kertas atau paperless? Di sekolah atau di mana-mana sahaja? Lama menyalin atau dengan satu klik? Pengesahan RPH secara online?

Read more: Perbandingan RPH dahulu dengan versi online

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

IT Freelancer

Azharul Faiz Zainal Abidin
PPPS DG44 (KUP)
Penyelaras ICT (Bestari)/Guru Data/Penyelaras Makmal Komputer VDI Lab
Juruteknik
Pengaturcara PHP/MySQL
012-5798753
azfaiz@gmail.com

Menerima jemputan sebagai penceramah SPS/Frog VLE/ICT/VDI Thin Client (Virtual Desktop Infrastructure)

Siapa Online

We have 55 guests and no members online